Jenis Paip PVC dan Paip Poly



paip-poli

Dalam sistem perpaipan terdapat banyak jenis paip yang boleh digunakan mengikut keperluan dan kegunaan.

Di sini disenaraikan beza paip poli dan paip pvc.


PAIP JENIS POLI

  • Kelebihan paip poli ialah ianya tahan karat, elastik, liat, tahan lasak, tidak reput dan boleh lentur.
  • Saiz paip air poli ditentukan berdasarkan diameter (1/2", 3/4", 1", 2" dll.)
  • Antara lain ciri paip poli ialah ianya diperbuat daripada 'high density polyethylene' atau HDPE.
  • Kegunaan paip poli ialah ianya digunakan untuk pemasangan paip di bawah permukaan tanah, konkrit dinding dan lantai.
  • Harga paip poli pula ditentukan pada jenis dan ketebalannya.
  • Apabila mengalami masaalah, paip poli bocor mudah untuk diganti dan disambung semula.



pvc-pipe-kl

PAIP JENIS PVC


  • Ringan, tahan karat dan mudah untuk dikendalikan.
  • Saiz berdasarkan diameter paip -1/2", 3/4", 1", 1 1/4", 1 1/2", 2", 3" dan 4".
  • Diperbuat daripada polivinil klorida.
  • Jenis kelabu dan putih.
  • Pelbagai ketebalan - Kelas 6 (tebal), Kelas O, Kelas D (biasa).
  • Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.



0 comments: