Kesilapan yang selalu dilakukan dalam proses ubahsuai rumah




Dalam proses ubahsuai rumah, sering terjadi kesilapan dalam mengurus projek. Antara kesilapan dilakukan oleh pmilik rumah yang perlu diketahui untuk memaksimum kan nilai ubahsuai rumah anda.

Berikut disenaraikan antara Kesilapan yang selalu dilakukan dalam proses ubahsuai rumah yang sering dilakukan oleh pemilik rumah atau pun kontraktor sendiri.

1. Menggunakan material murah dan tidak berkualiti untuk projek ubahsuai

Penggunaan material perlu bersesuaian dengan kualiti ubahsuai rumah yang diidamkan. Kebanyakan material yang murah mempunyai kualiti yang kurang berbanding material yang mahal atau sederhana mahal harganya.

Namun begitu terdapat juga material yang murah tapi berkualiti dalam pasaran jika tahu di mana untuk mencari material yang diinginkan.

2. Ukuran yang tidak tepat

Ukuran yang betul dan tepat amat penting untuk mendapatkan hasil yang maksima seperti yang diinginkan. Ukuran yang salah atau lari boleh menyebabkan kerugian dan hasil yang tidak memuaskan.

3. Jenis dan cara penggunaan alat yang salah

Jenis dan cara penggunaan alat yang betul adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Penggunaan alat yang salah boleh mencacatkan projek, merosakkan alat atau boleh mendatangkan keceraan kepada pengendali alat.

0 comments: